Wangsa Yi
Wangsa Yi

Wangsa Yi

Wangsa Yi, atau Kerabat Empayar Korea, juga yang dinamakan Dinasti Yi, Keluarga Yi, Keturunan Yi, atau sebagai puak Yi dari Jeonju, ialah keluarga diraja Joseon dan Kekaisaran Korea, yang terdiri dari keturunan Yi Seonggye, pengasas Joseon, yang dikenali dengan nama anumerta, Taejo ("leluhur tertinggi"). Semua keturunannya ialah anggota puak Yi dari Jeonju, termasuk keluarga imperial Empayar Korea (1897-1910). Selepas Perjanjian Jepun-Korea pada tahun 1910, di mana Empayar Jepun telah mengilhak Semenanjung Korea, beberapa ahli puak Yi dari Jeonju telah diserap masuk ke dalam Kerabat Imperial Jepun dan bangsawan Jepun oleh pemerintah Jepun[2] hingga 1947, sebelum Perlembagaan Jepun diisytihar.[3] Di bawah Artikel ke-11 Perlembagaan Korea Selatan, kerajaan Korea tidak mengiktiraf apa-apa bentuk kasta istimewa sejak pengisytiharannya pada tahun 1948.[4] Walau bagaimanapun, dengan Perlembagaan menggantikan Kerajaan Sementara[5], Keluarga Imperial terus wujud sebagai simbol yang disukai dan menarik perhatian media di Korea Selatan. Ini berlaku paling baru-baru ini dengan pengebumian Yi Gu pada bulan Julai 2005, bekas ketua keluarga diraja, selain Putera Yi Seok pada ulang tahun ke-100 kemerdekaan Korea[6] pada 1 Mac, 2019. Sejak kematian Yi Gu, Putera Imperial Hoeun pada tahun 2005, Republik Korea[7] dan Persatuan Keturunan Imperial yang dikendalikan oleh anggota keluarga, dan bandar Jeonju,[8] kerabat Dinasti Yi, pertimbangkan Putera Yi Seok sebagai ketua keluarga.

Wangsa Yi

Diasaskan 17 Julai 1392 - Pengasasan Joseon.
Etnik Korea
Ketua terkini Putera Yi Seok[1]
Cabang kadet 125 cabang kadet (kira-kira 105 ekstan) termasuk:
  • *Kerabat Putera Besar Diraja Jinan
  • Kerabat Putera Besar Diraja Hyoryeong
  • Kerabat Putera Besar Diraja Gwangpyeong
  • Kerabat Putera Besar Deokcheon
  • Kerabat Putera Besar Milseong
  • Kerabat Putera Besar Diraja Yangnyeong
Pengasas Taejo dari Joseon
Pemerintah terakhir Sunjong dari Korea
Negara  Korea
Joseon
Deposition 1910 - Perjanjian Jepun–Korea 1910
Gelaran

Rujukan

WikiPedia: Wangsa Yi http://www.chinadaily.com.cn/world/2006-11/10/cont... http://koreajoongangdaily.joins.com/news/article/a... http://www.kyeongin.com/news/articleView.html?idxn... http://www.philstar.com/Article.aspx?articleId=848... http://imperialhouse.kr/bbs/board.php?bo_table=1_i... http://www.museum.seoul.kr/common/file/NR_download... http://www.korea.net/NewsFocus/Society/view?articl... https://www.bbc.com/korean/news-46056729 https://books.google.com/books?id=h9-DOFiUI5oC&pg=... https://books.google.com/books?id=p3yW5MdzKnUC&pg=...